peringatan!!!

November 7, 2009 at 12:04 am (KhAs UnTuK mUsLiMaH, RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL)

bismillahirrahmanirrahim… syukur ke hadrat Illahi.. michi mmpunyai kekuatn utk menaip pd masa ini… ya Allah, sakitnya hati ini…

astagfirullahalazim… bersabarlh wahai hati…

selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W… semoga al-Quran dan as-Sunnah sentiasa mnjd asas dan panduan utk kita yg sntiasa brhadapn dgn dugaan perasaan ini… kepada muslimah, semoga Sayidatina Fatimah az-Zahara mnjd model utk kita bergelar muslimah yg sntiasa tabah mengawal rasa amarah atau sakit hati…

ya Allah, ini pertama kali michi merasakn sakit hati yg teramat sgt.. x pernah sekali pun rasa sakit hati ini seperti ini… michi bknlh brniat nk mluahkn rasa sakit hati ini… demi Allah, tidak.. tp, michi nk kongsikn ape yg michi rase setiap manusia atau lebih khususnya muslimah selalu rasa… michi yakin, kaum muslimah adalh insan y selalu merasa sakit hati krn sudah lazimnya hati seorg muslimah ini trlalu lmbut utk diuji dgn ujian yg perit spt apa yg michi alami ini… kadang kala kita sndiri tidak tahan dgn rasa sakit hati ini… inilh lumrah hati seorg yg brgelar muslimah.. terlalu senang utk dilukai… michi selalu muhasabah diri ini apabila brhadapn dgn cabaran dan dugaan di dunia ini… tp, kali ini, terlalu sukar utk diri ini bermuhasah dgn dugaan yg x prnh michi rasa sbelum ini.. michi tak pasti kenapa michi diperlakukn spt itu… seolah-olah diri ini tidak brharga di mata dia… michi ingin sekali menangis utk melepskn segala kesakitn dihati ini, tp mata michi seolah2 tidak mengizinkn air mata itu jatuh kerana seorg adam yg x mghrgai diri ini… puas sudah michi berfikir… kenapa michi disakiti spt ini… diri michi, hati michi, dijdkn seperti barang perhiasan yg boleh dicmpkkn kpd sesiapa shj… betapa murahnya hati ini di mata dia… tabahknlh dirimu wahai hati… michi yakin silapnya dtg dari diri michi sndiri… michi xkn melakukn kesilapn yg sama lg.. michi xkn mmbnrkn hati ini mmberi peluang kpd mana2 adam utk disakiti lg.. ini silap michi… ini salah michi… michi akn hadapi hukuman trhdp kesalahn yg michi dh buat ini… maafkn michi wahai bakal khaujku… sepatutnya aku simpan hati ini untuk kau… tp, aku alpa dlm kata2 adam di luar sana… maafkn aku… michi akn ubati hati ini dan michi akn simpn hati ini didlm peti besi yg tiada sesiapa yg dpt mmbukanya kecuali kau bakal khaujku… maafkn aku bakal khaujku… wahai saudaraku kaum hawa… michi ingin kongsikn apa yg michi rasakn pd saat dan ketika ini… kpd yg masih tidak mgerti di mana silapnya kita sbg seorg hawa… mungkin ini silap kita wahai hawa… kita silap mmberikn hati kita… selain milik Pencipta kita, hati ini adalah milik khauj kita yg telah ditetapkn oleh Yang Maha Berkuasa sejak azali lg… mungkin kita berasa sakit hati krn kita silap mmberikn hati kita kpd pemiliknya… jd, muhasabah lah dirimu hawa… supaya hati ini kita kunci, dan hanya khauj kita shj yg dpt mmbukanya suatu hari nnt… dan percayalah hawa, apabila tiba msanya, akn dtg khaujmu mmbuka peti besi itu dan insyaAllah, kita akn merasa bahagia krn telah mmberikn hati kita kpd pemiliknya yg sebenar dlm lafaz akad nikah… insyAllah hawa… insyaAllah…

akhir kata, selamat bermuhasabah diri wahai kaum hawa…

maaf andai ada tersilap kata dan bahasa… michi hnya manusia biasa…

wassalam…

Permalink Leave a Comment

Alhamdulillah…

September 3, 2009 at 10:16 am (RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL, SMILE :))

bismillahirrahmanirrahim… syukur ke hadrat Illahi…

selawat dan salam ke ats junjungan Nabi Muhammad s.a.w… semoga al-Quran dan as-Sunnah sntiasa mnjd pnduan sluruh ummah sepanjang zaman… insyaAllah… kpd muslimah, La Tahzan… semoga Sayidatina Fatimah az-Zahara mnjd pedoman utk kita mnjd muslimah yg insyaAllah baik dr sgale aspek…

stinggi kesyukuran kerana michi masih berpeluang merasa bahagia lg… alhamdulillah… smoga michi sntiasa berada dibwh prlindungan-Nya… sntiasa dilindungi oleh Yang Maha Esa dari sebarang penyakit fizikal atau mental mahupun penyakit hati… smoga michi juga trhindar dari perasaan kecewa atau sakit hati… sesungguhnya Ya Allah, hati ini tak sanggup utk merasa kecewa lg… insyaAllah, michi akn brusaha supaya tidak mmberi peluang utk hati ini disakiti lg… smuanya dgn izin Allah SWT…

alhamdulillah… stakat ini, michi rasa bersyukur sgt… sbb sgalenya brjln dgn lncr… mungkin ini adalah hikmah disebalik perkara yg tlh trjd pd michi… ingin michi tknkn kat sni… “stiap prkara buruk yg brlaku pd diri kita, PASTI ada hikmh disebaliknya… insyaAllah…” ini qada’ dan qadar’ yg dtntukn oleh Allah…

smua yang baik dtg dari kekuasaan Allah Yang Maha Kuasa… smua yg buruk dtg dr kekurangan diri ini… maaf andai trslh kata…

insyaAllah, ade ksempatn lain, michi akn nukilkn nukiln disini lg…

wallahualam…

Permalink Leave a Comment

yang ikhlas, AKHWAT

August 19, 2009 at 1:00 am (PESANAN BUAT ADAM, RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL)

PESANAN BUATMU IKHWAT

Kami ini senang jika diperhatikan, apalagi jika kalian adalah ikhwah yang dewasa, ikhwah yang mempunyai karisma, atau ikhwah yang alim, atau ikhwah yang bersifat “cool” apatah lagi mempunyai sifat penyayang, walhal kami belum mampu berhijab secara baik. Oleh itu, tundukkanlah pandangan kalian dengan makna yang sebenar-benarnya, dan janganlah kalian ikuti pandangan pertama dengan pandangan berikutnya.

Kami juga senang mendengar kalian berbicara dengan dan tentang kami, rasa di hati tidak dapat diperkatakan lagi, kami terasa seakan dihargai , namun bagi mengelakkan kelalaian hati kita, oleh itu, TAMATKANLAH bicara kalian jika kalian mulai memberi pujian kepada kami meskipun itu hanya sebuah pujian kecil.

Kami juga sukar menahan bayangan-bayangan hati akan kalian para ikhwah, ketika kami merasa para kalian dapat menjadi tempat untuk mencurahkan isi hati kami, waktu luang kami akan sering terisi oleh bayang-bayang kalian, kerana itu janganlah kalian membiarkan kami mencurahkan isi hati kami kepada kalian.

Kami juga inginnya terus dekat dengan kalian para ikhwah, tapi maaf..bukan kerana apa-apa tapi lebih kerana perhatian yang kalian berikan kepada kami, meskipun sesungguhnya kami sangat malu akan hal ini, terkadang kami pun terlepas kata dan laku, malah menjadikan kami dan kalian semakin tak mengenal batas, kerana itu nasihatilah kami akan azab Allah dan jangan pernah memberi dan membalas bentuk perhatian kami.

Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan) [Surah al-Israa ayat 32]

Katakanlah pada orang-orang lelaki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya yang demikian itu adalah lebih baik bagi mereka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya …….. [Surah An-Nur ayat 30-31]

Janganlah kamu mengikuti pandangan pertama (kepada wanita) dengan pandangan berikutnya. Kerana yang pertama itu untukmu dan yang kedua adalah dosa
[Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi dan Hakim).


Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang-orang beriman, hendaklah mereka mengutamakan rasa malu (salah satu akhlak yang mulia) dan iman merupakan dua hal yang tidak boleh dipisahkan antara satu dengan yang lain, maka apabila salah satunya diangkat (hilang) maka hilanglah yang lain.
(Hadis riwayat Al Hakim dan At Thabrani)

Sesungguhnya kepala(seorang lelaki) yang ditusuk dengan besi itu jauh lebih baik daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya.
(Hadis riwayat at-Tabrani dan Baihaqi)

Tercatat atas anak Adam nasibnya dari perzinaan dan dia pasti mengalaminya. Kedua-dua mata zinanya melihat, kedua-dua telinga zinanya mendengar, lidah zinanya bicara, tangan zinanya memaksa (memegang dengan keras), kaki zinanya melangkah (berjalan) dan hati yang berhasrat dan berharap. Semua itu dibenarkan (direalisasi) oleh kelamin atau digagalkannya.
(Hadis riwayat Bukhari).


Ikhwah dan akhawat yg disayangi,hidup adalah rangkaian pilihan demi pilihan, hanya orang-orang yang berusaha memelihara hubungan dengan Allah dan mencari ilmu sahaja yang akan memilih kebenaran. Kerana rezeki, maut, dan jodoh setiap manusia telah Allah tetapkan, maka yang perlu kita lakukan adalah bagaimana untuk selalu memperbaiki usaha kita dalam menerima ketiga-tiga perkara itu. Banyak perkara yang kita pandang baik, namun tidak dalam pandangan Allah. Bersabarlah atas takdir Allah, kerana sesungguhnya buah kesabaran itu sangat manis dan sangat lazat.

nikah

Permalink Leave a Comment

alhamdulillah…

August 19, 2009 at 12:40 am (SMILE :))

bismillahirrahmanirrahim… alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi…

selawat dan salam ke atas kekasih Allah S.W.T, nabi terakhir utusan Allah, Nabi Muhammad S.A.W… smoga al-Quran dan as-Sunnah sntiasa mnjadi rujukan ummah sepanjang zaman… untuk yang brgelar muslimah, smoga puteri Rasulullah S.A.W, Sayidatina Fatimah az-Zahara sntiasa mnjadi panduan untuk kita brgelar muslimah yang baik, insyaAllah…

syukur ke hadrat Illahi, assignment ‘favourite’-accounting 2 sudah pun selesai dgn baiknya… alhamdulillah, tak ade pertumpahan darah yg trjd spnjang proses mnyiapkn assgment tu… insyaAllah, ade 3 lg assgment yg prlu disiapkn… 1 september yg bakal tiba ni michi akn mgharungi mid-sem exam… last sem tuk foundation ni agak mmenatkn utk michi… terase mcm nk ‘berehat’ seketika smbil mghirup udara nyaman di tepi pantai yang mndinginkn… mmmm, rindu rasenyer nk mnghayati keindahan alam milik Allah Yang Maha Berkuasa… insyaAllah, suatu hari nnti… hati dan fikiran michi mmg sgt mmerlukan tmpat utk peroleh kedamaian… ya Allah yang Maha Mengetahui… hanya Kau shj yg faham gelora di jiwa ku ini…

sudah2lh cerita psl hati michi yg blm brtemu dgn kedamaian ni… michi yakin dgn Allah Yang Maha Berkuasa… sabar adalah pngubat jiwa michi skarang ni… michi yakin, dgn izin Allah, kdamaian hati tu akn dtg sndiri pd michi… tp, michi akn sntiase brusaha utk mncari kunci untuk ketenangan dan kdamaian hati michi… suatu ketika dulu, michi rase mcm michi dh jumpa dgn ‘kunci’ tu… tp, skarang ni rase mcm michi dh hilangkn kunci tu… michi prlu mncarinya lg… chaiyok2…

mane kunci ni???

mane kunci ni???


tkar story la… ha!!! mmm, alhamdulillah… ahad lepas, michi ngan mama prgi MPH kat jusco seremban 2 tu… mama mmg ade niat nk carik buku and kasut, tu yg ajak michi pg tu… alhamdulillah, michi jumpa buku yg dh lme michi cari and mmg dh lme ade keinginn utk mmbce dan mmiliki buku tu… satu tu, buku brkenaan alam barzakh dan alam akhirat… michi nk sntiasa ingat psl mati… sbb michi tau, michi kene sntiase muhasabah diri… dan dgn muhasabah diri ttg sntiasa ingat mati ni, michi yakin yang michi akn sntiasa brada di jln yg diredhai Allah S.W.T… ada satu lagi buku, seronok sgt sbb jumpa dgn buku tu… tajuknya, Fatimah az-Zahara WANITA SOLEHAH SINARAN ZAMAN… tak sabar rasenye michi nk bace buku2 tu… sbb ape tau… sjak beli hari ahad hari tu, shinggalh skarang ni hari rabu, dh 3 hari tu, michi x sempat nk bce lg… sgt pelik bg michi… sbb, buku tu x la tebal mne, tp, tu la, disebabkn trlalu busy dgn assgment, michi trpkse ltak tepi dulu buku2 tu… insyaAllah, michi akn start juga bace dlm minggu ni… smuanaya dgn izin Allah…

alhamdulillah, isnin mlm selase lpas michi dgn rakan2 sperjuangn brsme2 bntu mmbntu dlm mnyiapkn assgment accounting 2 tu… kami brsame2 mmerah otak dan tnage di salah sbuah rumah rakn kami yg barhati bersih utk mminjamkn rumahnya sbgai ‘port’ utk kami brgelimpangan bramai2 mnyiapkn assgment yang akhirnya siap jgak pada hari ni… alhamdulillah, salah seorg rakn michi ade mluahkn perasaan dia… bkn perasaan ape, perasaan suka mmbce blog michi ni… katenye, pmbce setia blog michi… alhamdulillah… michi brsyukur krn butir bicara dn prkataan michi disini diterima… insyaAllah, michi akn berusaha mmperbaiki lg mutu bahase michi disini… insyaAllah…

alhamdulillah skali lg, Allah akhirnya mgizinkn nawaitu michi dan 2 org rakan michi untuk ber’xsercise’ dan berjogging yg smemangnya niat dan keinginan tu dh lme kami pndmkn… akhirnya pg selase lpas dpt juga kami brsame2 mgeluarkn setitik dua peluh smbil mghirup udara pagi yang sgt nyaman dan mndinginkn… terse segar dan lain skit pg tu… alhamdulillah… Allah masih lg mmberi kesihatn kpd michi dan rakan2… moga2 Allah sentiase mmudhkn urusn michi dan rakan2 dlm misi kami mnuntut ilmu yang insyaAllah pada akhirnya mmberi kebaikn kpd kami dn smoga kami perolehi keredhaan-Nya… insyaAllah…

Smile

smoga snyuman itu milik michi sntiasa… insyaAllah…

maaf andai ade trslh bahase… michi hanya manusia biasa…

wallahualam…

Permalink Leave a Comment

x sedaaaaaapppppp!!! :(

August 11, 2009 at 10:02 am (SMILE :))

bismillahirrahmanirrahim… alhamdulillah… selawat dan salam ke atas kekasih Allah, Nabi Muhammad S.A.W… semoga al-Quran dan as-Sunnah sentiasa mnjadi panduan kpd umat Islam seluruhnya… kepada muslimah, jadikanlh Sayidatina Fatimah az-Zahara sbgai pnduan bg kita mnjadi muslimah dan muslim baik kpd Yang Maha Berkuasa… niatlh apa yg kita lakukan semata2 kerana Allah S.W.T…

hmmm… alhamdulillah, hari ini michi dlm proses pmulihan drpd demam + batuk + selseme skit… actually michi dh rase x sedap tekak ni dr hari rabu last week.. disebabkn kemalasan diri untuk brjumpa dgn mak cik “nurse blacklist” kat campus tu michi thnkn aje la sakit tekak yg myerang mcm atomic gun tu… mnjelang tgahhari jumaat yg damai, michi dh x sedap badan… seram sejuk yang mnyerang michi sangat mmbuatkn michi rase agak risau dgn keadaan michi waktu tu… timbul rasa kesal krn x mmkse diri untuk dptkn rawatan awal… hmmm… kpd pmbaca, jgn tiru aksi michi tu… dptknlh rawatn seawal yg mungkin… ptg jumaat tu, sampai je kat semban, mama trus nk bwak michi ke klinik yg brdekatan… michi pun dgn pantas, ‘mama, nnti2 ye… dah rase ok skit ni…’ dialog rasmi yg slalu michi sebut tuk elakkan diri drpd pg klinik… bknnye michi takut dgn dokter yg sgt baik dan murah dgn seyuman tu, cume, michi x suka mkn ubat… ye la, bila dh jumper dokter, confirm ade dua atau tiga ubat yang kene telan punyerla… ayat normal mama, ‘nak sihat tak???’ 🙂

nak dipendekkn cerita, first day pg klinik – hari jumaat, dpt 4 jenis ubat, antibiotic, demam, batuk, and radang tekak… tapi michi mkn ubat batuk and antibiotic jer… antibiotic tu pun trpkse sbb dokter ckp, ‘antibiotic ni kene habiskan ye’… hmmm… lau ikutkn hati, michi mkn ubat batuk jer… lgpun ubat batuk tu sedap skit… 🙂 habis jer antibiotic, hari isnin, pg jumpa dokter lg… dokter tgk2, bg mc tuk isnin and selasa, bg antibiotic lagi, and ubat batuk lg,… settle problem dia.. alhamdulillah.. dokter ckp, slagi michi x demam, michi selamat dari H1N1 or denggi… alhamdulillah… ha!!! kebetulan waktu tggu gilirn nk jumpa dokter tu, mama brbual dgn kwn mama yg kebetuln tggu gilirn jugak… mama dpt tahu, slh seorg penghuni tmn perumahan michi tu dh menghidapi H1N1… innalillahirrajiun… smoga Allah mmberi kekuatn dan kesihatn yang baik kpd saudara kita tu… amin.. insyaAllah…

ubat batuk yg dokter kasi kali kedua tu mgandungi bahan yg boleh buatkn org yg mkn tu mgantuk… michi dh rase mgantuk sgt skunk ni… michi really2 have to go to sleeping beauty… doakn kesihatn michi ye…

sakit itu nikmat yang harus disyukuri” alhamdulillah… smoga pembaca, saudara seIslam mndpt kesihatan yg baik dan dijauhkn drpd penyakit yg berbahaya… amiiin…

wallahualam…

Permalink Leave a Comment

alhamdulillah… rasa seronok…

August 6, 2009 at 1:05 am (RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL, SMILE :))

bismillahirrahmanirrahim… syukur ke hadrat Illahi… selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W… smoga al-Quran dan as-Sunnah sentiasa mnjadi panduan untuk sluruh umat Islam… kepada muslimah, smoga Sayidatina Fatimah az-Zahara mnjadi pnduan spye kita sntiasa berada di dlm keredhaan-Nya… insyaAllah…

alhamdulillah, skali lagi dpt aku mnekan pad kekunci laptop ku ini untuk mgekspresikn perasaanku… ini bkn lh brtujuan untuk mmberi tazkirah yg pnting kpd muslimin mahupun muslimat.. sekadar ingin brkongsi sdikit ilmu yang baru Michi perolehi mlm td… Michi Inoue!!! itu lah namaku dlm bahse jepun… Michi rase teruja dgn sesuatu prkara baru yg Michi belajar ni… teringin pulak rasenya nk blajar bahase asing… sekurang2nya, Michi ada kelebihan tersndiri… hehehe… insyaAllah…

ha!!! kalau diizinkan Allah Yang Maha Kuasa, Michi akn belajar bhse arab… mmm, alhamdulillah… kat kolej ni ade insan2 yang berusaha untuk mgadakn kelas bhse arb tu… insyaAllah, Michi akn follow semmpu Michi… teringat nasihat ayahanda, “dalam menunaikan ibadah sunnat ni sabrina, kita x blh nk paksa2 diri kita, kita usaha apa yg kita mmpu dri sudut fizikal dan mental, dan kita buat dgn ikhlas dan bersungguh sungguh kerana Allah SWT…” Michi akn ingat nasihat ayahanda tu… insyaAllah…

alhamdulillah, Michi brsyukur kerana dianugerahkn ayahanda dan ibunda tercinta utk sntiasa  mnasihati, menegur, dan mgingatkn Michi ttg smua prkara dari perspectif yang berbeza2… ayahanda dan bonda x pernah mmaksa.. tp, mereka sntiase mmberi Michi peluang dan ruang untuk berfikir, dan mmbuat kptusan sndiri… alhamdulillah…

insyaAllah, ade ksempatan yang lain, dikurniakn ksihatan tubuh bdn dan aqal fikiran, Michi akn menaip lagi… wallahualam…

Permalink Leave a Comment

:)

August 5, 2009 at 10:38 am (RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL, SMILE :))

Bissmillahirrahmanirrahim… alhamdulillah… syukur ke hadrat Illahi… ade lagi kesempatan untuk aku mnukil kan sdikit catatan di sini… 🙂

selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W… semoga al-Quran dan Sunnah Rasulullah sntiase mnjadi pganggan kita sbagai hmba-Nya… insyaAllah… kepada muslimah, semoga Sayidatina Fatimah az-Zahara mnjd teladan bg kita mnjd hamba-Nya yg solehah… insyaAllah…

Alhamdulillah dan insyaAllah, x lme lagi kita akn mnyambut bulan Ramadhan yang penuh mulia.. tak sabar rasenya utk terawih, utk merasa nikmatnya brbuka di surau brsama2 muslimah2, insyaAllah… 🙂 semoga dgn dtgnya bln yg pnuh kenikmatan ini, dpt lah kita mmperkukuhkn lg ibadah wajib kita, dan mnmbahkn lagi ibadah sunat kita… insyaAllah…

di sini, insyaAllah ada sdikit peringatan smpena mnjelangnya bulan Ramadhan ini…

1. berdoa pada awal malam Ramadhan supaya dapat melaksanakn puasa dgn sempurna

2. solat Terawih dan Witir pada waktu mlm

3. tadarus al-Quran

4. banyakkn sedekah

5. banyakkn ibadat khusus pada mln 21 hingga 30

6. kerjakn umrah, pahalanya satu umrah pada bulan ini sama spt satu kali haji… subhanAllah…

7. menunaikn zakat fitrah

insyaAllah, same2 lh kita berpesan pesanan sesame muslimin dan muslimat..

wallahualam…

Permalink Leave a Comment

SIAPA YANG SLALU LUPA TARIKH2 PENTING??? LELAKI@PEREMPUAN???

August 4, 2009 at 12:20 am (RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL)

Bismillahirrahmanirrahim… Alhamdulillah… Aku brsyukur sbb diberi kesempatan, ruang dan peluang untuk mnulis lagi… Syukur ke hadrat Illahi…

Selawat dan Salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W… Semoga al-Quran dan sunnah Rasullullah S.A.W akn sntiase mnjadi panduan kita smua… untuk muslimah, smoga Sayidatina Fatimah az-Zahara mnjadi teladan bagi kita…

amin…

siapa yang slalu lupa tarikh2 pnting??? lelaki ataupun perempuan???

sbenarnya, aku tak pernah pun trfikir akn hal ni… nk kate tiba2 trlintas dlm kotak fikiran aku, jauh sekali… nk kate tiba2 je dtg idea tuk brckp ttg bnde ni, jgn mimpi la… astagfirullah… actually, aku dpt tjuk ni waktu pagi yg sgt mndinginkn dgn dendangan lagu keroncong drpd perutku… hihihi… HOT FM AM di tv9… eyh tv9 ke 8tv??? ntah bknnyer slalu tgk pun… ha… pg td fafau n faizal bincangkn psl tjuk tu… tp, hmba Allah ni bknnyer tgk smpai abis pun… bkn malas, ataupun nk smbung tidur… (walaupun itu yg slalu aku buat hari selase) tp, selasa kali ni, aku trgerak tuk mnyiapkn assgment aku yg agak kelam kabut tu… tak siap pun lg… ok2, brbalik pd tjuk kita… rasa2 anda, siapa yg slalu lupa tarikh2 pnting??? ye la, contohnya tarikh hari jadi, tarikh nikah, tarikh sanding, tarikh btunang, tarikh 1st time jumpe, tarikh itu dan ini… siapa yg slalu lupa??? majoriti mgatakn lelaki@suami@bakal suami yg slalu lupa… betul ker??? bagi saya dua2 pun pelupa… ye lah, manusia ni kan pelupa… sbb tu lah kita sntiase prlu diingatkn atau mngingatkn diri kita dgn tazkirah atau muhasabah diri… insyaAllah…

so, ape agaknya solution tuk masalah pelupa kita ni… untuk hal tarikh2 penting ni… kan handphone kita makin canggih dari mase ke semase… kenapa tidak kita tulis jer setiap tarikh pnting dlm hidup kita supaya kita x lupa lg… contoh, lpas je saksi2 ckp sah, sbelum proses batal air wudhu’ lg, pengantin bolehlh trus ambil h/phone msing2 and trus taip tarikh pnting tu, siap dgn mase dn saat lg…ha, kalau nk lg brhati2, letak skali alarm supaya boleh mggegarkn otak kita mgingat kmbali tarikh pnting tu… lagi best, alarm tu, ltak 2 atau 3 hari sbelum tarikh pnting tu supaya kita boleh siap sedia dgn hadiah yg besar2… hihihi… kan senang… ambik je la kesempatan dgn teknologi zmn skarang ni… bukannya susah pun…  Islam itu sndiri konsepnya mudah dan senang… knp kita nk complicated kan hidup kita dgn prkara2 yg susah…

jd gunalh idea aku yg satu tu utk kesenagan masa hadapan… insyaAllah, klau kita slalu mohon pada Allah untuk prmudahkn sgale urusan kita di dunia dan akhirat nnt, past Allah akn tolong…

wallahualam…

Permalink Leave a Comment

nak cantik tak???

July 29, 2009 at 6:53 pm (KhAs UnTuK mUsLiMaH)

Anda ingin lebih cantik dan menarik??

  1. Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai “hiasan mata” anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.
  2. Oleskan “lipstik kejujuran” pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.
  3. Gunakanlah “pemerah pipi” anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.
  4. Pakailah “sabun Istighfar” yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
  5. Rawatlah rambut anda dengan “Selendang Islami” yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.
  6. Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu’ dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.
  7. Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung “kesucian”.
  8. Bedaklah wajah anda dengan “air Wudhu” nescaya akan bercahaya di akhirat.

3155928814_a492f9954b

Permalink Leave a Comment

WANITA, di mana hilangnya MALU???

July 28, 2009 at 1:21 am (KhAs UnTuK mUsLiMaH)

SEORANG wanita melintas jalan. Dia cantik dan bergaya. Kulitnya mulus, pipinya gebu, bibirnya ‘ulas limau’, alisnya lentik, hidungnya mancung, matanya bundar dan bercahaya. Dadanya juga agak bidang. Lengannya putih jari-jemarinya halus dan runcing. Baju sendat menampakkan pusat dan skirt pendek yang disarung ke tubuh beralun sekali-sekala mengikut pergerakan tubuhnya.

Mata-mata yang melihat mula berimaginasi. Imaginasi itu sudah pasti yang indah-indah dan sudah semestinya bukan hal-hal yang baik.

Di satu sudut yang lain, seorang gadis berpakaian sopan dengan bertudung sempurna duduk di tepi taman. Di sisinya seorang lelaki sederhana tinggi yang juga berpakian sopan. Tangan mereka saling bertaut. Kadang, tangan si lelaki juga menjalari tubuh gadis. Mereka tersenyum, ketawa dan kelihatan sungguh bahagia.

Kelihatan juga sekumpulan gadis yang masih berpakaian sekolah. Ketawa berdekah-dekah, saling bertepuk tampar. Sesekali jeritan nyaring memecah suasana. Beberapa orang daripada mereka tidak bertudung. Di jari mereka terselit sebatang rokok. Mereka menghisap rokok.

Agak pedih dengan paparan itu, mata menerawang ke arah lain. Sebuah motosikal dipandu agak laju. Penunggangnya seorang lelaki muda yang lagaknya seperti mat rempit. Pemboncengnya pula seorang gadis. Gadis seksi dengan kelibat punggungnya yang separa bogel sedang erat memeluk pinggang lelaki yang sedang menunggang motosikal.

Wanita masa kini begitu liberal atau terbuka dalam banyak hal. Lihat sahaja golongan artis yang bebas berpakaian seksi dan banyak kali terlibat di dalam kancah skandal seks serta gambar dan video lucah mereka tersebar megah di dalam internet. Bukan artis sahaja, pelajar sekolah dan gadis remaja juga sering terlibat dengan penyakit sosial yang memalukan itu.

Apa hukuman untuk mereka yang terlibat dengan perbuatan memalukan itu? Ini merupakan musibah yang memudaratkan maruah wanita iaitu kehilangan rasa malu atau pudarnya sifat malu dalam diri mereka.

Di tengah–tengah masyarakat tidak kira sama ada di bandar atau desa, wanita seperti yang digambarkan di atas boleh ditemui. Kononnya dahulu, gadis atau wanita yang seksi begini hanya boleh ditonton di bandar-bandar besar.

Namun kini, pemandangan seperti itu sudah menular dan boleh dilihat di mana-mana jua.
Kampung atau bandar, desa atau pekan, sekolah, universiti, taman, pasar, pusat membeli belah dan sebagainya.

Secara realitinya, zaman dahulu fenomena wanita berpakaian seksi hanya terdapat di kelompok-kelompok tertentu dan di tempat-tempat tertentu. Malahan, hal-hal yang berkaitan ‘menconteng arang ke wajah’ juga sukar ditemui seperti kes khalwat atau zina, membuang anak, merokok, bergambar secara lucah, pelacuran dan sebagainya.

Keterbukaan masyarakat dan pendedahan tentang dunia semasa membuatkan wanita mula membuang sifat malu ke sisi yang kononnya dikatakan sifat malu itu merencatkan pembangunan sosial dan kemajuan dalam dunia wanita.

Tidak hairan, kini wanita mula dipandang sebagai golongan yang kini berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lelaki. Wanita mula memegang pelbagai peranan dalan masyarakat, berkerjaya, bebas melontar pendapat dan berani dalam melakukan sesuatu tindakan.

Tidak hairan juga komoditi pasaran ekonomi sebahagian besarnya untuk wanita, daripada wanita, dan mengeksploitasi wanita. Hal sebegini banyak dibincangkan bukan sahaja oleh peneliti sosiobudaya malahan golongan wanita sendiri yang mendakwa diri mereka feminis atau pejuang hak wanita.

Mereka memperkata tentang penindasan terhadap wanita, hak sama rata yang harus dinikmati oleh wanita dan pelbagai perkara lagi yang menuntut suatu keadaan di mana wanita boleh menikmati apa yang dinikmati oleh kaum lelaki. Persoalan gender sebegini tidak akan habis sampai bila-bila.

Suatu hal yang kurang diperjuang oleh golongan feminis terutama untuk wanita yang beragama Islam ialah perjuangan mengembalikan wanita kepada lumrah asalnya iaitu memelihara maruah dan melapik diri dengan sifat malu.

Istilah malu mempunyai makna dan pengertian yang luas dalam Islam. Malu merupakan sebahagian daripada Iman. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman.”

Malu atau dalam bahasa Arabnya ‘haya’ berasal daripada perkataan ‘hayat’ yang bermaksud kehidupan. Ia mencakupi sifat malu, memelihara aib diri dan orang lain, kesopanan, harga diri dan bersikap jujur dalam menjaga dan memelihara maruah kerana Allah.

Dalam Islam, sifat malu ditekankan pada setiap umatnya tidak kira sama ada wanita atau lelaki. Namun, wanita Muslimah ditekankan aspek menjaga maruah dan memiliki sifat malu memandangkan wanita merupakan golongan yang lemah, mempunyai 9 nafsu yang pelbagai serta dikatakan paling ramai menghuni neraka.Tentang hal ini, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Aku melihat ke dalam syurga, maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas dan Imran serta selain kedua-duanya)

Imam Qurthubi rahimahullah menjelaskan hadis di atas dengan pernyataannya:

“Penyebab sedikitnya kaum wanita yang masuk syurga adalah hawa nafsu yang mendominasi pada diri mereka, kecenderungan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, dan berpaling dari akhirat kerana kurangnya akal mereka dan mudahnya mereka untuk tertipu dengan kesenangan-kesenangan dunia yang menyebabkan mereka lemah untuk beramal…”

Selain iman yang lemah, membuang sifat malu untuk mengejar apa yang diimpikan dalam hidup juga merupakan satu kesilapan besar yang menjerumuskan wanita ke kancah kehinaan. Walau bagaimanapun, sifat malu terbahagi kepada dua iaitu malu yang bersifat kebaikan dan malu yang bersifat kejahatan.

Wanita khasnya dituntut mempunyai sifat malu terutama hal yang berkaitan maksiat dan larangan-larangan Allah. Apabila menghampiri hal-hal sebegini, mereka akan berasa malu, dan seterusnya memikirkan balasan Allah di dunia dan akhirat.

Manakala malu yang bersifat kejahatan pula ialah malu melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah. Dalam hal ini mereka bukan sahaja melakukan apa yang dilarang oleh Allah, malahan melanggar sistem sosial masyarakat sehingga melupakan balasan di dunia dan akhirat.

Wanita Muslimah atau wanita yang bertamadun tidak akan menggadaikan maruah dan membuang sifat malu semata-mata mahu kelihatan moden.

Mementingkan pandangan Allah s.w.t lebih bermakna daripada mementingkan pandangan masyarakat. Tidak kisahlah jika anda dilabel sebagai tidak moden, kolot dan sebagainya. Apa yang lebih penting ialah anda tahu menjaga maruah serta tahu kesan-kesan buruk yang akan berlaku kepada iman, maruah diri, keluarga dan masyarakat jika anda bertindak tidak tahu malu.

Memelihara malu diri sendiri dan menjaga aib (malu) orang lain sangat penting dalam pembinaan bangsa yang bermaruah. Malu dikatakan perisai dan perhiasan kepada wanita dan juga lelaki yang menghalang mereka dari terjerumus kelembah kehinaan serta dosa zahir dan batin.

Rasulullah juga pernah mengatakan bahawa malu adalah karektor bagi agama Islam serta mempunyai sifat malu yang sebenar-benarnya tidak akan menyebabkan perkara yang tidak baik.

Memandangkan dunia semakin berkembang dengan segala macam teknologi dan perubahan dari semua aspek, sudah sewajarnya setiap wanita menilai kembali sifat semulajadi atau lahiriah seorang wanita yang suatu waktu dahulu cukup kebal dengan sifat pemalu.

Sifat pemalu tidak akan menyekat pergerakan wanita untuk mengikuti perkembangan dunia semasa. Malahan wanita yang pemalu lebih berjaya bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga kelak. Insya-Allah.

Sudah tiba masanya, kumpulan atau golongan yang memperjuangkan hak wanita dan dunia wanita mengubah persepsi mereka terhadap peranan dan diri wanita dalam dunia masa kini. Mengejar kejayaan, kemodenan, kesamarataan taraf, menghindar penindasan dan sebagainya harus diperjuang, tanpa mengikis sifat wanita yang hakiki iaitu pemalu.

Malu adalah lambang iman yang akan membawa seseorang ke syurga . Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

“Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya” (Riwayat Bukhari)

Pemalu bukan sahaja memperlihatkan kemanisan akhlak dan ketinggian akidah seseorang wanita. Malah, memelihara diri wanita itu sendiri daripada kehinaan dan kemusnahan peribadi secara beransur-ansur. Percayalah bahawa sifat malu tidak akan menyisihkan anda dari arus globalisasi. Malah, anda akan lebih berkeyakinan serta jelas dengan tujuan anda untuk melakukan sesuatu perkara. wallahualam…

Permalink Leave a Comment

Next page »